SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Friday 22 April 2011

PERSATUAN NEGARA ASIA TENGGARA

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau Association of South East Asian Nation (ASEAN)
ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. Lima buah negara menjadi pengasas pertubuhan ini, iaitu Malaisia, Indonesia,Filiphina, Thailand dan Singapura. Perjanjian pernubuhan pertubuhan ini dikenali Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh menteri-menteri luar lima buah negara itu. Menteri-menteri luar yg terlibat ialah Tun Abdul Razak bin 'Dato Hussien (Malaysia), Abdul Malik (Indonesia), Narciso Ramos (Filiphina), Thanat Khomat (Thailand) dan S. Rajaratnam (Singapura).
     Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk mengukuhan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan, kebudayaan dan kebudayaan. Setiap ahli berpengang pada prinsip hormat terhadap kemerdekaan dan ketuanan semua negara ahli. Selain itu, setiap memperakui hak setiap negara untuk memimpin negara masing-masing tanpa pengikut telunjuk negara luar. Persatuan ini juga berpengang pada prinsip tidak mengunakan kuasa tenteraan untuk menyelesaikan masalah dalam kalangan negara anggota.
     Keahlian ASEAN bertambah dari tahun ke tahun.Pada 8 Januari 1984,ASEAN menerima Brunei sebagai ahli yg keenam. Beberapa tahun kemudian, iaiVietnam pula diterima menjadi ahli yg ketujuh. Lebih kurang dua tahun, iaitu pada 23 Julai 1997, ASEAN menerima Laos dan Myamar sebagai ahli yg kelapan dan kesembilan. Kenboja pula menyertai ASEAN kali kedua pada 30 April 1999, setelah keluar daripada pertubuhan itu kerana masalah politik dalam negara mereka. Oleh itu, hingga tahun 2006 , semua negara Asia tenggara telah menjadi ahli ASEAN kecuali Timur Leste dan Papua New Guinea.
     ASEAN melaksanakan pelbagai aktiviti bagi merapatkan hubungan sesama negara anggota. Antara aktiviti ASEAN ialah Forum Serantau ASEAN dan Sukan ASEAN.ASEAN juga mempunyai beberapa pengenalan diri seperti logo ASEAN, bendera ASEAN dan lagu ASEAN.
     Kini,ASEAN merupakan satu kawasan penting di dunia daripada segi politik, ekonomi dan sosial. ASEAN yg mempunyai keluasan 4.5 juta kilometer persegi mempunyai bilangan penduduk menjangkau 500 juta org. Keadaan ini menjadikan ASEAN berupaya menjadi kawasan gemilang daripada segi ekonomi dan satu kuasa yg disegani di dunia.

Thursday 21 April 2011

*~*Bumi Kian Terancam*~*

         Menjelang abad ke-16,saintis mula mengkaji tentang planet dunia dan angkasa. Namun begitu, hanya mulai pada abad ke-20 manusia dapat melihat planet Bumi dari angkasa lepas. Lantas, manusia kian berminat untuk mengkaji planet Bumi dan angkasa lepas seluruhnya.
         Pada bulan Jun 1988, sekumpulan angkasawan dari 

Wednesday 6 April 2011

badrulzainal: {(akil hayy-zikir munajat)}

{(akil hayy-zikir munajat)}

badrulzainal: WALI BAND ~ KEKASIH HALAL { FULL SONG WITH LYRICS ...

badrulzainal: WALI BAND ~ KEKASIH HALAL { FULL SONG WITH LYRICS ...

Belajar Di Kampong Lebih Baik Daripada Belajar Di Bandar

     Salam sejahtera pembuka mata. Yang saya hormati ,Tuan Pengacara Majlis , barisan panel hakim yang arif lagi adil, barisan pencadan, serta hadirin sekalian . Saya selaku pembangkang tetap menentang tajuk perbahasan kita pada hari ini.
     Belajar di bandar lebih baik daripada belajar di kampong kerana di bandar ada tersedia pelbagai kemudahan. Contohnya , perpusatakaan awam, pusat tuisyen dan kafe siber yang dapat membantu murid2 memperoleh maklumat dengan mudah. Perkhidmatan ini membolehkan murid lebih maju dalam bidang akedemik. 
    Selain itu , masaalah kekurangan guru jarang berlaku di sekolah- sekolah bandar. Hal ini membolehkan murid-murid mendapat khidmat pengajaran dan pembelajaran yang lebih mantap dan berkesan . Impaknya ,murid-murid   akan mendapat bimbingan dan suntikan ilmu yang menyeluruh bagi memungkinkan kejayaan yang cemerlang.
Hadirin yang dimuliakan,
    Murid-murid yang belajar di bandar  akan sentiasa bersaing antara satu sama lain. Persaingan ini merupakan satu fenomena yang amat sehat untuk menguasai ilmu . Apabila berlakunya persaingan, maka barulah  lonjakan prestasi akedemik. 
  Bantuan kewangan daripada anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mudah diperoleh. Dana PIBG boleh digunakan untuk mengadakan kelas bimbingan dan kem motivasi. Program ini akan meningkat pencapaian cemerlangan murid-murid .
    Berdasarkn hujah dan kupasan saya yang jitu lagi mantap tentang kemudahan yang terdapat di bandar , barisan tenaga pengajar yang mencukupi, persaingan yang sihat , dan dana PIBG yang ada, maka, ternyata dengan jelas bahawa" belajar di bandar lebih baik daripada belajar di kampung". Sekian , terima kasih.
   

Barangan Tempatan Lebih Baik Daripada Barangan Import.

Yang hormati , Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, Para Hakim yang adil,barisan pembangkang, guru2 , dan rakan sekalian. Salam sejahtera  saya ucapkan tirai bicara saya mulakan dengan hujah2 bernas sebagai pencadang pertama atas tajuk yang berbunyi " BARANGAN TEMPATAN LEBIH BAIK DARIPADA IMPORT."
  Barang tempatan bermaksud produk yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia sendiri seperti makanan, pakaian dan kenderaan. Harga tempatan lebih murah berbanding barangan import. Hal ini demikian kerana kerajaan tidak mengenalkan kacukan kepada barangan tempatan . Semua golongan memilikinya.
  Kualiti barangan tempatan juga setandingan dengan kualiti barangan import. Contohnya, barangan makanan yang dikeluarkan bersih dan suci. Piak keluaran barangan berusaha sebaik mungkin untuk menepati piawai SIRIM dan JAKIM .
hadirin yang dimuliakan,
  Apabila kita menggunakan barangan tempatan, pengaliran mata wang ke luar negara dapat dikurangkan Keadaan ini juga dapat mempertenguhkan ekonomi negara kita.Seterusya, negara kita akan lebih maju dan dana negara akan meningkat .
  Perkembangkan sesat industri tempatan dapat menyediakan terdapat menyediakan pelbagai peluang perkerjaan. Banyak kilang dan pusat industri didirikan untuk memenuhi permintaan para pengguna . Oleh itu, kadar penganguran dapat dikurangkan.
  Berfokuskan hujah2 bernas di atas, jelaslah kepada kita bahawa barangan tempatan lebih baik daripada barangan import . Jom! Heboh-hebohkan " Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia          ', Kebijaksanaan kita membili barangan tempatan dapat membantu sektor industri dan perkilangan berkembang maju. Sekian, terima kasih. :D

Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin

  Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana ,guru-guru ,barisan pembangkang yang saya hormati, dan rakan sekalian. Bendirinya saya di sini adalah untuk mnyokong tajuk perbahasan pada hari ini iaitu "PERANAN IBU BAPA LEBIH PENTING  DARIPADA PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK DISIPLIN".
 Ibu bapa ialah orang yang bertanggung jawab terhadap kelahiran seseorang insan. Sebelum kanak-kanak itu menjejaki alam persekolahan ,keluarga adalah idola mereka . Jika baik yang mereka lihat dan dengar  maka baiklah yang mereka ikut.
  Murid-murid berada di sekolah selama kira-kira lima jam. Dengan peranan dan masa yang terhad , guru-guru tidak mampu untuk membentuk disiplin murid dengan lebih sempurna . Malahan, guru-guru juga terpaksa melakukan tugasan lain di samping berhadapan dengan pelbagai kerenah anak didik mereka.
 Setelah tamat waktu persekolahan , berakhirlah peranan guru . Guru-guru sudah tentu tidak dapat memberi perhatian kepada anak-anak didik mereka. Ketika inilah, ibu bapa memainkan peranan penting mengasuh anak-anak mereka.
  Ibu bapa perlu memberi perhatian dan mengawasi anak-anak mereka supaya tidak melakukan perkara - perkara yang tidak baik seperti merokok ,melepak,merayau dan berpeleseran. Jika ibu-bapa gagal gagal memainkan peranan tersebut tersebut  dengan  baik dan sewajarnya , masalahnya disiplin akan menjadi lebih teruk dan sukar dibendung.
  Berdasarkan hujah-hujah diatas, jelaslah peranan ibu-bapa lebih penting daripada peranan guru dalam membentuk disiplin kanak-kanak.Ibu-bapalah yang dapat menentukan agar nasi tidak menjadi bubur. Fikirlah dan laksanakanlah peranan masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab.Sekian, terima kasih :)

Kesan pencemaran Air Kepada Hidup

  Yang saya hormati Saudara Pengacara Majlis, Yang Berusaha Guru Besar ,guru-guru.panael hakim yang arif dengan keadilan, serta rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tampilnya  saya di pentas yang indah ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Kesan Pencemaran Air Kepada Hidupan"


  Pencemaran air sering berlaku di negara kita. Pencemaran air sungai dan laut terjadi disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Sampah sarap dan sisa-siasa minyak dibuang ke laut  oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab . 
Di samping itu ,sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang tertentu dengan mudah dialirkan ke sungai dan ke laut. Perkara ini akan mengakibatkan pencemaran air berterusan. Kite terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air.


 Manusia menggunakan air untuk pelbagai kegunaan harian,pertanian, dan perindustazn. Jika air tercemar , maka semua aktiviti tersebut tidak akan dilakukan. Air yang tercemar amat berbahaya untuk kesihatan manusia . Air yang tercemar juga boleh menyebabkan penyakit kulit ,muntah-muntah , dan ciri birit.


  Selain itu ,pencemaran air juga akan memberi kesan negatif kepada hidupan air saperti rumpair, ikan, dan sebagainya.Kepupusan hidupan air bakal memberi impak kepada kehidupan nelayan. Pendapatan para nelayan . Pendapatan para nelayan jua turut terjejas.
Hadirin yang budiman,
  Sebelum mengundur diri, saya ingin mengegaskan bahawa pencemran air labih banyak merugikan kita . Oleh sebab, itu sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut ."Cintailah Sungai Kita ". Sekian,terima kasih.