SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Wednesday 6 April 2011

Belajar Di Kampong Lebih Baik Daripada Belajar Di Bandar

     Salam sejahtera pembuka mata. Yang saya hormati ,Tuan Pengacara Majlis , barisan panel hakim yang arif lagi adil, barisan pencadan, serta hadirin sekalian . Saya selaku pembangkang tetap menentang tajuk perbahasan kita pada hari ini.
     Belajar di bandar lebih baik daripada belajar di kampong kerana di bandar ada tersedia pelbagai kemudahan. Contohnya , perpusatakaan awam, pusat tuisyen dan kafe siber yang dapat membantu murid2 memperoleh maklumat dengan mudah. Perkhidmatan ini membolehkan murid lebih maju dalam bidang akedemik. 
    Selain itu , masaalah kekurangan guru jarang berlaku di sekolah- sekolah bandar. Hal ini membolehkan murid-murid mendapat khidmat pengajaran dan pembelajaran yang lebih mantap dan berkesan . Impaknya ,murid-murid   akan mendapat bimbingan dan suntikan ilmu yang menyeluruh bagi memungkinkan kejayaan yang cemerlang.
Hadirin yang dimuliakan,
    Murid-murid yang belajar di bandar  akan sentiasa bersaing antara satu sama lain. Persaingan ini merupakan satu fenomena yang amat sehat untuk menguasai ilmu . Apabila berlakunya persaingan, maka barulah  lonjakan prestasi akedemik. 
  Bantuan kewangan daripada anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mudah diperoleh. Dana PIBG boleh digunakan untuk mengadakan kelas bimbingan dan kem motivasi. Program ini akan meningkat pencapaian cemerlangan murid-murid .
    Berdasarkn hujah dan kupasan saya yang jitu lagi mantap tentang kemudahan yang terdapat di bandar , barisan tenaga pengajar yang mencukupi, persaingan yang sihat , dan dana PIBG yang ada, maka, ternyata dengan jelas bahawa" belajar di bandar lebih baik daripada belajar di kampung". Sekian , terima kasih.
   

No comments:

Post a Comment