SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Friday 22 April 2011

PERSATUAN NEGARA ASIA TENGGARA

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau Association of South East Asian Nation (ASEAN)
ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. Lima buah negara menjadi pengasas pertubuhan ini, iaitu Malaisia, Indonesia,Filiphina, Thailand dan Singapura. Perjanjian pernubuhan pertubuhan ini dikenali Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh menteri-menteri luar lima buah negara itu. Menteri-menteri luar yg terlibat ialah Tun Abdul Razak bin 'Dato Hussien (Malaysia), Abdul Malik (Indonesia), Narciso Ramos (Filiphina), Thanat Khomat (Thailand) dan S. Rajaratnam (Singapura).
     Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk mengukuhan kerjasama serantau dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan, kebudayaan dan kebudayaan. Setiap ahli berpengang pada prinsip hormat terhadap kemerdekaan dan ketuanan semua negara ahli. Selain itu, setiap memperakui hak setiap negara untuk memimpin negara masing-masing tanpa pengikut telunjuk negara luar. Persatuan ini juga berpengang pada prinsip tidak mengunakan kuasa tenteraan untuk menyelesaikan masalah dalam kalangan negara anggota.
     Keahlian ASEAN bertambah dari tahun ke tahun.Pada 8 Januari 1984,ASEAN menerima Brunei sebagai ahli yg keenam. Beberapa tahun kemudian, iaiVietnam pula diterima menjadi ahli yg ketujuh. Lebih kurang dua tahun, iaitu pada 23 Julai 1997, ASEAN menerima Laos dan Myamar sebagai ahli yg kelapan dan kesembilan. Kenboja pula menyertai ASEAN kali kedua pada 30 April 1999, setelah keluar daripada pertubuhan itu kerana masalah politik dalam negara mereka. Oleh itu, hingga tahun 2006 , semua negara Asia tenggara telah menjadi ahli ASEAN kecuali Timur Leste dan Papua New Guinea.
     ASEAN melaksanakan pelbagai aktiviti bagi merapatkan hubungan sesama negara anggota. Antara aktiviti ASEAN ialah Forum Serantau ASEAN dan Sukan ASEAN.ASEAN juga mempunyai beberapa pengenalan diri seperti logo ASEAN, bendera ASEAN dan lagu ASEAN.
     Kini,ASEAN merupakan satu kawasan penting di dunia daripada segi politik, ekonomi dan sosial. ASEAN yg mempunyai keluasan 4.5 juta kilometer persegi mempunyai bilangan penduduk menjangkau 500 juta org. Keadaan ini menjadikan ASEAN berupaya menjadi kawasan gemilang daripada segi ekonomi dan satu kuasa yg disegani di dunia.

No comments:

Post a Comment