SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

Wednesday 6 April 2011

Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin

  Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana ,guru-guru ,barisan pembangkang yang saya hormati, dan rakan sekalian. Bendirinya saya di sini adalah untuk mnyokong tajuk perbahasan pada hari ini iaitu "PERANAN IBU BAPA LEBIH PENTING  DARIPADA PERANAN GURU DALAM MEMBENTUK DISIPLIN".
 Ibu bapa ialah orang yang bertanggung jawab terhadap kelahiran seseorang insan. Sebelum kanak-kanak itu menjejaki alam persekolahan ,keluarga adalah idola mereka . Jika baik yang mereka lihat dan dengar  maka baiklah yang mereka ikut.
  Murid-murid berada di sekolah selama kira-kira lima jam. Dengan peranan dan masa yang terhad , guru-guru tidak mampu untuk membentuk disiplin murid dengan lebih sempurna . Malahan, guru-guru juga terpaksa melakukan tugasan lain di samping berhadapan dengan pelbagai kerenah anak didik mereka.
 Setelah tamat waktu persekolahan , berakhirlah peranan guru . Guru-guru sudah tentu tidak dapat memberi perhatian kepada anak-anak didik mereka. Ketika inilah, ibu bapa memainkan peranan penting mengasuh anak-anak mereka.
  Ibu bapa perlu memberi perhatian dan mengawasi anak-anak mereka supaya tidak melakukan perkara - perkara yang tidak baik seperti merokok ,melepak,merayau dan berpeleseran. Jika ibu-bapa gagal gagal memainkan peranan tersebut tersebut  dengan  baik dan sewajarnya , masalahnya disiplin akan menjadi lebih teruk dan sukar dibendung.
  Berdasarkan hujah-hujah diatas, jelaslah peranan ibu-bapa lebih penting daripada peranan guru dalam membentuk disiplin kanak-kanak.Ibu-bapalah yang dapat menentukan agar nasi tidak menjadi bubur. Fikirlah dan laksanakanlah peranan masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab.Sekian, terima kasih :)

4 comments:

  1. Karangan pendek.. Perlu pembaikan.. 😕 BTW isi memang terbaik.. !! Thumbs up!! Thnx 👍👍

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Isi awal bagus tetapi akhir mempunyai kesalahan

    ReplyDelete